Smachian Leadership Training Camp (catatan perjalanan)
Catatan perjalanan: Smachian Leadership Training Camp (LTC), Tok Bali, Pasir Puteh [25-28 Disember 2008] oleh saudara Sansubari (smach92)

25 Dec 2008- Sekitar jam 5 pagi, Cho (92) yang ditemani isteri dan anak-anak tiba di Plaza Tol USJ seperti yang dijanjikan dengan rakan2 yang lain untuk memulakan perjalanan ke Kelantan.
Selepas mengerja solat subuh, Hafiz (94) menjemput Cho seterusnya ke rumah Yusrizal (94) di Putra Height dan seterusnya kami bertiga ke stesen Petronas Ampang bagi mengambil Najib (95) yang telah sedia menunggu dengan ditemani oleh anak dan isteri beliau bagi mencukupi korum pengembaraan kami sekereta.
Dalam perjalanan kami sempat menyinggahi stesen Petronas di Lebuhraya Karak untuk sarapan pagi. Sepanjang perjalanan, banyak perkara yang dibincangkan, dari isu korporat sampai ke isu Mossad serta kaedah penderaan yang melibatkan madu dan serta semut yang diutarakan oleh Najib. Sedar tak sedar kami sampai ke R&R Gua Musang.
Membanggakan, di sini terdapat satu gerai makanan yang dipunyai oleh bekas pelajar SMACH iaitu Gerai Makan Sheik Razali (batch 90 kalau tak silap, dahulunya beliau dikenali dengan panggilan ‘Wok Yoh’).
Sesudah melepas apa yang patut, kami meneruskan pejalanan. Setibanya di Kuala Krai, kami dihubungi oleh rakan lama, Saranusun (95) yang kini tinggal Kg. Mulong dan mengajar di sebuah sekolah di Chiku setelah hampir lima tahun menabur bakti di Sabah.
Hujan renyai-renyai seakan-akan meraikan kehadiran kami ke rumah Sara yang kini telah mempunyai 3 cahaya mata lelaki. Kami dihidangkan dengan nasi belauk bungkus yang pada pendapat Hafiz, amat menyelerakan setelah hampir 10 tahun tidak merasai hidangan sedemikian.
Dari rumah Sara, kami berkonvoi menuju ke P. Puteh, melalui terusan Semarak dan kawasan sekitar banyak menampakkan perubahan dari segi pembangunan infra.
Sekitar jam 3 petang, kami tiba di Sweet Beach Resort, Tok Bali lokasi dimana Leadership Training Camp (LTC) kali ini dijalankan. Tok Bali lebih dikenali sebagai pelabuhan perikanan yang kian pesat berkembang.
Setibanya disini, tanpa membuang masa, Hafiz selaku ketua modul merangkap ketua fasilitator terus mengadakan talimat modul kepada fasilitator-fasilitator yang hadir.
Antara fasilitator (bekas-bekas pelajar) yang hadir bagi menjayakan program ini termasuklah Yusrizal & Hafiz [dari batch 94], Najib [95], Azkari [96], Saranusun [95], WM Nazri, Ju Galok, W Imran dan isteri-Liana, Nazool, Che Khairul (kini bertugas sebagai Asst.DO P.Puteh) [dari batch 91], Rahimah, Syahrul Fitri (yang balik bercuti dari Australia), Sufian dan Alif [batch 04], Ruzaini (yang balik bercuti dari N. Zealand) [dari batch 03], Baina (kini mengajar di Gaal) [93], Nasri [97] dan Sansubari [92]. Hasnydzam, Miji [95] serta Azuan [92] juga turut terlibat dalam menjaya program ini diperingkat awal. Prof. Madya Dr. Razak (Abe Jak-85) dari USM turut sama menjayakan LTC ini walaupun keterbatasan waktu yang amat sangat di pihak beliau.

Peserta LTC ini terdiri daripada ahli Badan Pengawas Sekolah untuk sesi pengajian 2009 yan meliputi pelajar-pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5.
Hafiz dari Sime Darby Business School yang dahulunya anak buah kesayangan Ghezet (Ustaz Ghazali) sememang tidak mengecewakan dalam melaksanakan setiap modul yang dirancangkan.
Malahan guru-guru Smach yang hadir serta fasilitator-fasilitator yang yang ada mengakui bahawa setiap modul yang dijalankan oleh beliau turut memberi manfaat bukan sahaja kepada kumpulan sasaran (badan Pengawas) malahan juga kepada fasi2 dan guru2 itu sendiri.
Kaedah modul yang dijalan iaitu secara art-play atau aktiviti baik secara fizikal dan mental serta taklimat ringkas mengenai pengajaran untuk setiap aktiviti yang dijalankan menjelmakan suasana yang ceria dan bermakna sepanjang LTC ini berjalan.
Aktiviti-aktiviti dijalankan secara kumpulan yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dengan dibantu dengan dua orang fasilitator untuk setiap kumpulan.
Selain dari aktiviti yang berkaitan dengan kepimpinan, aktiviti yang melangkaui tahap sekolah juga turut diselitkan seperti penubuhan dan perlaksanaan Election Commission serta aktiviti-aktiviti kempen pilihanraya seperti yang dilaksanakan dikampus turut dijalankan bagi mendedahkan pemimpin pelajar terbabit mengenai senario yang bakal dilalui kemudian nanti.
Dalam program pilihanraya ini, peserta telah diminta untuk mencalonkan secara rahsia nama2 yang sesuai untuk dipilih sebagai pimpinan utama. Dari belasan nama yang dicalonkan,
Election Commisioner yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 3 & 4 telah meluluskan 7 nama yang layak untuk berkempen dan bertanding disaringan terakhir dimana hanya lima pemimpin yang akan dipilih untuk menarajui pimpinan pelajar sepanjang LTC ini berjalan.
Daripada lima perwakilan yang terpilih itu pula secara consensus akan melantik seorang wakil sebagai pimpinan agung bagi mengetuai mereka disepanjang program itu berjalan.
Pemimpin-pemimpin yang terpilih melalui Pilihanraya tersebut juga diberi dua assignment iaitu menjaya Debat Perdana dengan topik yang berkaitan serta mereka secara berpasukan juga diminta menjayakan satu acara yang dinamakan Leadership Gala Night.
Disamping itu juga pimpinan yang dipilih tersebut bersama dengan rakan2 mereka yang lain juga telah diminta untuk merangka pelan tindak serta perancangan mereka sebagai Badan Pengawas untuk sesi 2009 dengan menggunapakai pengetahuan-pengetahuan pengurusan dan kepimpinan yang telah dikongsikan dalam modul-modul sebelumnya.
Dari maklumbalas yang diperlehi dari pihak sekolah dan juga feedback dari peserta dapat dirumuskan bahawa selain dari pengetahuan mengenai kemahiran kepimpinan, pelajar2 terbabit juga telah dipupuk dengan semangat setia kawan serta semangat kerja berpasukan dikalangan mereka.
Ini terbukti bilamana Leadership Gala Night (mirip Malam Nostalgia, ala korporat) yang diusahakan oleh peserta-peserta program amat membanggakan.
Fasilitator-fasilitator juga turut memeriahkan Gala Night tersebut dengan menyanyikan (momok) lagu nasyid yang diketuai oleh Wiena. Pada malam ini juga, Bro. Ju Galok dan rakan2 yang lain turut meluangkan masa dengan guru2 Smach menjamu ikan bakar di gerai yang berdekatan.
Dalam majlis penutup yang turut dihadiri oleh Tuan Pengetua serta guru-guru sekolah pada 28 Dis 08, Pengarah Program, Sdr. Yus telah mengumumkan bahawa rakan-rakan bekas pelajar Smach yang tidak dapat hadir untuk aktiviti ini turut sama menyumbang baik dari segi sumbangan kewangan mahupun keperluan yang berkaitan bagi menjayakan aktiviti yang melibatkan sekolah ini sebagai tanda terima kasih dan penghargaan terhadap jasa pihak sekolah kepada kami.
[Antara penyumbang utama program ini termasuklah Azrin (Mat Lori) [93], Nurul Huda [94], Khairul Azhan [94]. Terima kasih diucapkan kepada penderma-penderma budiman.
YDP Smachian turut menegaskan dalam ucapannya bahawa program sebegini akan diinstitusikan dalam Alumni dan beberapa lagi program yang melibatkan pihak sekolah akan diusahakan.
Pengetua bagi pihak sekolah amat beterima kasih kepada semua yang terlibat, baik secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan LTC kali ini.
Antara guru2 yang hadir sepanjang program selama empat hari tiga malam ini termasuklah: Tuan Pengetua, Cikgu Sudin (PK1), Cikgu Idris (PK Ko), Cikgu Dayang (PK HEP), Cikgu Azwani, Cikgu Aminah, Cikgu Norhayati, Cikgu Zakaria dan lain2.
Gambar-gambar aktiviti yang dilangsungkan sepajang Leadership Traing Camp ini boleh dilawati melalui:
Gambar-gambar yang lebih terperinci boleh diperolehi dari Sdr. Nasri yang banyak menyumbang kepakaran dan masa bagi sesi fotografi serta audio visual yang berkaitan.
Diharapkan agar aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan dengan sokongan rakan-rakan dalam Alumni dan sekolah. Dengannya diharapkan adik-adik generasi pewaris kita di SMACH dapat berkongsi pengalaman yang kita telah lalui dan pada masa yang sama dapat juga kita mempelajari sesuatu daripada mereka.
Disamping itu, aktiviti sebegini secara tidak langsung dapat diterjemahkan sebagai mini gathering bagi Alumni, dimana kita dapat berkumpul dan berkongsi pengalaman dan kepakaran disamping mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin baik dikalangan kita mahupun pihak sekolah, terutamanya guru2 tersayang.
Mudah-mudahan secakir bakti yang diusahakan dan pengorbanan masa oleh rakan-rakan dalam menjayakan LTC kali ini dirahmati dan diberkatiNYA. BERUSAHA BERILMU BERBAKTI
Gambar-gambar aktiviti yang dilangsungkan sepajang Leadership Traing Camp ini boleh dilawati melalui:
Posted in: News |

January 5th, 2009 at 11:41 am
Tahniah di atas kejayaan program ini. Maaf kerana tidak dapat turut serta akibat kekangan waktu (sibuk pindah~hijrah).
January 5th, 2009 at 7:15 pm
koleksi gambar sepanjang Leadership Training Camp oleh Nasri (97):
http://picasaweb.google.com/eddnasri/SmachLeadershipTraining2008#
January 13th, 2009 at 4:28 pm
tahniah buat mastermind n co.Hafiz mmg layak jd pengganti Harris Iskandar!
January 17th, 2009 at 1:38 pm
Wah….Alhamdulillah. Moga2 pgorbanan geng2 senior yang terlibat dalam leadership kem dirahmati Allah. Yus. . . . Thanks for sharing album 1 & 2.
March 20th, 2009 at 7:16 pm
Salam..minta bantuan.. sama ada sesiapa mempunyai no tel salah seorang fasilitator Che Khairul (kini bertugas sebagai Asst.DO P.Puteh) [dari batch 91]
Terima kasih
March 20th, 2009 at 11:25 pm
thankz buat abg2 n kak2 fasi atas program ni……saya slaku slh seorg psrta cukup bangga dgn abg2 n kak2…….abg2 n kak2 sdi mluang’n masa dgn kluarga smata2 utk kami…….thankz bbnyak………..
April 4th, 2009 at 9:23 pm
terima kasih buat abang2 alumni coz masih sudi menjaga adik2 di smach n truskn usha murni itu smoga smach bakal cemerlang di masa depan..
buat perserta,syabas dan tahniah ana ucapkan..jaga sekolah tu elok-elok tau!!
April 8th, 2009 at 4:40 pm
WAH.. HEBAT!!!! TAK DO DOH KO AKTIVITI LAIN???
June 10th, 2009 at 9:29 am
cOngrate 4 all da faci n student..!!