Alumni Weekend 2008 - Catatan perjalanan
Catatan perlajanan oleh Sdr Yusrizal (smach94)
Jumaat 2140 hrs - Putra Heights
Jaki Apek 91 dengan Weina 91 tiba di rumah ambo. Janjinya kereta Jaki akan ditinggal di sini, naik kete ambo pegi ke Gombak pick up Ju Galok 91.. Lepas tu terus ke Labok. Lebih kurang 2200 bertolak dari Putra Heights menuju ke Gombak .. ambik Ju Galok di Taman Sri Gombak… memandangkan Jai belum makan, maka singgah dulu di gerai Taman Seri Gombak untuk makan …semua nampaknya bersemangat.. semua order kopi o ais… nak stay up lah katakan…
Sabtu 0000 hrs lebih kurang..
perjalanan di mulakan…target untuk sampai di Labaok by time subuh… abe amir malaik 85 dah inform cikgu sudin yang kalu set ni sampai awal, kita akan tido di hostel. memandangkan jam 0000 baru bertolak.. jangkanya tiba seelok waktu subuh..
dalam kereta macam macam cerita lama timbul, kelakar pon ada, al maklumlah cuba banyangkan dulu set set ni form 5 maso ambo form 2… ambo takut ko jaki apek dulu.. muko bekeng… hahahahha
stop sekejap di petronas sebelum tol bentong untuk isi minyak…
dalam perjalanan banyak jugak road block.. entah apa yang di cari polis pon tak pasti… lebih kurang jam 0300 sampai dekat dekat merapoh , berhenti sekali lagi minum air… naik balik kereta mata masing masing dah mula berat…nasib baik ada CD lagu 2 lama - Iklim, Rahmat/ekamatra … memang menggamit memori silam… hahahhaha
sampai di sekolah hampir jam 0545, pintu pagar sekolah dah terbuka, weina kejut pok guard nak inform nak masuk dalam… semua ok, terus ke masjid… budak budak masih belum ramai, maklumlah pagi sabtu… sempatlah berjemaah subuh di masjid.. jumpa cikgu sudin sebelum solat… dia tanya tido di mana.. mana de nok tido lagi chegu… :>
lepas solat subuh, dia panggil wakil alumni untuk bagi kuliah pendek.. alamak.. ambo terus oyak, ju galok cikgu ( kita hormat pada yang senior)…bernas jugok ceramah ju galok.. ada halatuju semua cukup./. harap harap budok 2 pakat paham la… kami dimaklumkan bahawa students akan bersekolah pada hari tersebut - sekolah ganti…selesai kuliah, cikgu sudin jemput semua ke dewan makan…mata gak ngantuk, mmkir ko bantal dan katil jah ni…
tengok menu pagi tu tekejut jugak.. ada roti, scrambled eggs dan sausage bersama dengan buah kurma.. hilir set ni… air milo/wahi yang teramat manis… :>
selesai makan, cikgu sudin bawak kami ke bilik sakit blok b.. oklah.. boleh lelap mata sekejap… jaki apek kurang selesa dengan keadaan bilik, dia gi cari penyapu, sapu bilik dulu.. ambo dah ngantuk telajok, tido jah..
Sabtu 1000
Ambo tersedar .. bangun dan terus pegi mandi.. memandangkan sekarang toilet atas dah boleh di guna.. tak ramai sangat budak mandi di kolah.. perghh.. memang best air kolah tu… ada lumut sikit sikit seperti biasa.. tapi memang sejuk… kalu dulu boleh masuk dalam kolah berenang.. rasanya kali ni tak muat dah nak berenang kalu buleh masuk pong… hahahahhaha
lepas mandi, set set ni pon semua dah bangun… lepas dah selesai siap.. pakat pakat gi ke sekolah.. tapi ramai cikgu yang tak de, mungkin meeting dsb.. lepas makan nasik belauk di kantin, semua bertolak ke rumah jaki di kusial bharu… lepak dan ambik buah salak sebelum bertolak terus ke rumah ju galok di kg galok pasir mas.. akhirnya ambo sampai jugok ko galok.. hahhahha
makan durian di rumah ju galok… dalam jam 1330 bertolak balik ke smach.. meeting Alumni start pukul 1430… dalam 30 org hadir, tahmiah kepada Sdri Baina 93 kerana satu satunyawakil kaum ibu pada hari tersebut.. ambo jumpa jugok sdri azlina elias 91 dan ( sorry la kawan dia lagi sorang ambo tak berapa ingat nama).. azlina, tolong inform kat sini ye.. lepas meeting..
meeting melantik ajk persatuan alumni yang baru… tahniah kepada saudara sansubari 92 dan saudara asrul effendi (che din) 92 kerana di lantik YDP dan timbalan YDP perstuan.. looking forward for a productive year ahead…
lepas selesai meeting ada yang bertolak balik, ada yang stay untuk game bola.. game vs. guru, pekerja dan pelajar.. jumpa semula cikgu che will, cikgu ya… terima kasih juga pada sdr shukri 94 dan sdr mahadi 94 yang sudi hadir menguatkan pasukan alumni… keputusan akhir 2-2 … gol alumni dijaringkan oleh sdr YDP yang baru dan Ju Galok.. ( tok sio sio make durian tengahari tadi)…
lepas game.. ambo dok berborak dengan che will.. dia masih macam dulu, fizikalnya, dll.. dia juga dengan bangganya bercerita tentang anak nya yang akan kawin tak lama lagi…ambo memang miss la sesi latihan dengan dia di padang ni…
![]()
Lepas game ada solat maghrib berjemaah di masjid.. semua budak pakai baju putih… memang peraturan kata cikgu sudin.. quite impressive… ada tahlil dan dia selamat sementara menunggu waktu isyak, dikepalai oleh Dr. Razak 85.. meme dia ni taraf imam dah la.. tazkirah yang diberikan pon cukup bernas…masa nak tunggu solat isyak tu, ambo nampak cikgu lan yaakob masuk.. dah berubah la dia, nampak tua, dia masih kenal ambo!!!! ( penting tu… )… cikgu lan adalah antara cikgu yang meme lama sekali ambo kenal sebab dia dulu warden blok a.. masa form 1 form2 meme ambo taruh duit kat rumah dia… teringat lagi dulu masa ambo tak dapat tiket nak balik (delay 2 hari).. dia naik ke dorm bui roti dan milo ko kawe, poji dan mat le… terharu, sampai hari ni ambo ingat… bertuah sungguh dapat jumpa dia …
lepas isyak ada bbq dinner di taman mesra alam ( kawasan belakang dewan makan dulu tempat org lompat pagar )… ada kolan ike.. cikgu sudin ada pelihara rusa dan pony… hilir tu…
lepas tu kami semua balik ke bilik sakit.. 5 org stay kat sekolah malam tu… kami berempat dan sdr zaaim 85… taklama berbual semua dah letih.. tido terus..
bagun subuh, ke masjid untuk solat berjemaah.. cikgu sudin panggil ambo untuk bagi talk sikit… boleh la .. ambo goreng sikit sikit, bagi semangat ko budak… lepas solat terus ke breakfast.. tekejut sekali lagi.. kali ni breakfast soto… soto tu….cikgu sudin inform dalam menu ada koko crunch etc… meme ilir sungguh laa…
dah abi semua terus ke dewan besar ada upacara sambutan 25 tahun smach..( upacara besar besaran dijangka di adakan pada April 2009- harap kita pakat ramai ramai hadir) .. ada ucapan sdr sansubari dan sdr zaaim.. kemudiaannya ada ucapan prof dr. abu hassan hasbullah spm 84.. memang seronok tengok kemajuan sekolah.. dha ada team jurufoto sendiri lengkap dengan video cam, digital camera.. band dah ada orchestra.. (quite impressive).. macam macamm lah..
masa kat dewan ni jumpa cikgu ruzuhan, cikgu suhaimi, cikgu idris hamat, cikgu ghazali hoki ( set hoki lelaki jadi johan antara SBP), cikgu lee seck khoon ( he remembers me too !!!), cikgu hamid shuib, ustazah rokiah, ustazah azizah, cikgu mat ali dan cikgu rohani ( dah settle down di machang dan dah buat rumah).. cikgu lokman, cikgu mat isa… yang kawe frust sikit nya cikgu rosidah dah tukar
… hehehehhe
lepas semua dah selesai, lunch dan bertolak pulang…
meme rasa nak pegi lagi lah.. seronok dan puas hati dapat kembali ke labok… jom pakat pakat balik next year
Posted in: News |
July 29th, 2008 at 12:33 pm
Meme best lah Yus ….frust jugak kawe tak leh nak stay sampai habis …..nak buat guano ..balik kelate pun jare-jare ….kena jugak bagi masa ke tempat lain.
Tapi boleh baca catatan demo pun ok dah….Insyaallah tahun depan kita pakat pergi sambutan 25 tahun. Alumni mungkin boleh buat sedikit persediaan. Mungkin boleh ambil bahagian juga dalam sambutan tersebut.
Yang penting boleh juga jadi platform nak kumpul ahli….Eh kawe pun belum daftar lagi nih.
August 1st, 2008 at 11:35 pm
Ulasan di official website smach
October 26th, 2008 at 11:52 am
sedak larr crito abe…….
tp sy raso smbutan tahun ni kure best……
kalu abe buleh ejah wat sedak lg tahun depe…..ok jgk…….abe buat dikir barat…tarian…..persembahan…….biar ada jual2 sket…….ok larr….
November 5th, 2008 at 1:56 pm
Akum mat yus..aku pok nak ni..sedak la dengan mu cerita..aku teringin juga nak jupa cikgu2 hok lama2..takpo, tahun depan aku dah posting balik ke kem desa pahlawan..kalu ada program hello la kat aku..
November 6th, 2008 at 1:04 am
dah ada ketetapan tarikh sambutan 25 tahun smach ko? kalu buleh nok gi jengok jugok…
November 7th, 2008 at 12:02 am
yus,
patut la mu ajak wak gathering kat skoloh. baru la aku tahu..mu baru lps gi dan rindu nak ke sana lagi. kalu kito wat pon, keno ajok cikgu kito lamo2 hok tukar doh mcm cikgu yati, hashim D, dr zawawi, cikgu koop soghe lagi nge cikgu setapa tu namo gapo doh..hok rendah2, baik nge kak pah tuh.blh jgk nok wat tp keno set progam mmolek la…