Selamat Hari Guru!

Sempena hari guru, saya ingin mengajak rakan-rakan lain mengenang jasa dan pengorbanan guru (tak kira guru tadika, sekolah rendah, menengah, universiti atau guru-guru tak rasmi yang lain).

Kerana jasa mereka dan dengan izin Allah kita menjadi diri kita sekarang.

Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan memohon keampunan guru-guru kita disamping berdoa untuk ibu bapa kita setiap kali lepas bersolat.

Kepada rakan-rakan yang kini telah bergelar guru, semoga dapat memberi yang terbaik dalam memikul tanggungjawab dan melaksanakan amanah yang telah diberikan.

Selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru..

p/s: Sesiapa yang nak mengucapkan hari guru kepada mana-mana guru, bolehlah berbuat demikian di ruangan comment :)

One Response to “Selamat Hari Guru!”

  1. ali bakar Says:

    ambo nok ucapkan selamat hari guru kepado semua guru hok pernoh mendidik ambo.. kerano puok2 demo ambo jadi manusio.. terimo kasih..hanyo hok maha kuasa mampu balas segalo jaso guru2 ambo

Leave a Reply