Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri

raya

Kami mengucapkan selamat beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ini dan selamat menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Semoga segala ibadah kita dibulan Ramadhan diterima Allah dan dapat kita meraikan kemenangan kita pada 1 Syawal nanti.

Kepada yang akan memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Biar lambat sikit asalkan selamat.

Teruskan budaya menziarah sanak saudara dan mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Jika anda ingin menyampaikan salam Ramadhan/Aidilfitri kepada warga Smach lain, tinggalkan komen di bawah..

Selamat Hari Guru!

Sempena hari guru, saya ingin mengajak rakan-rakan lain mengenang jasa dan pengorbanan guru (tak kira guru tadika, sekolah rendah, menengah, universiti atau guru-guru tak rasmi yang lain).

Kerana jasa mereka dan dengan izin Allah kita menjadi diri kita sekarang.

Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan memohon keampunan guru-guru kita disamping berdoa untuk ibu bapa kita setiap kali lepas bersolat.

Kepada rakan-rakan yang kini telah bergelar guru, semoga dapat memberi yang terbaik dalam memikul tanggungjawab dan melaksanakan amanah yang telah diberikan.

Selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru..

p/s: Sesiapa yang nak mengucapkan hari guru kepada mana-mana guru, bolehlah berbuat demikian di ruangan comment :)

Selamat menyambut bulan Ramadhan

Dikesempatan ini pihak pengurusan smach.org dan alumni mengucapkan selamat berpuasa dan menjalankan ibadah dibulan Ramadhan yang mulia kepada semua ahli dan pelawat smach.org.

Diharap pada Ramadhan kali ini bertambah-tambah amalan dan semakin menebal rasa kesyukuran dengan nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita selama ini.

Semoga semua amalan yang dilakukan sepanjang Ramadhan ini diterima dan diberkati Allah hendaknya.

Selamat berpuasa dan beramal dibulan Ramadhan!