Leadership Training Camp

Tarikh: 25-28 Disember 2008
Tempat: Swiss Beach Resort Tok Bali, Pasir Puteh


Saudara-saudari, rakan-rakan yang dihormati.

Dimaklumkan bahawa Alumni Smach akan menganjurkan satu program yang dinamakan “Leadership Training Camp” di Sek. Men. Sains Machang pada 25-28 Disember 2008.

Program ini telah mendapat pengikhtirafan dari pihak Sekolah dan ianya bertujuan untuk melatih adik-adik kita di Smach dengan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian diperingkat mereka.

Kumpulan sasaran program ini adalah terdiri daripada ahli-ahli badan pengawas, ketua-ketua atau pengerusi persatuan/kesatuan di Smach.

Anggaran penyertaan adalah seramai 50 orang.

“Leadership Training Camp” kali ini akan diketuai oleh Sdr. Mohd. Yusrizal Yusof yang juga merupakan ketua pelajar di Smach bagi sesi 1994.

Pihak Alumni juga ingin menjemput saudara-saudari untuk turut sama dalam menjayakan program tersebut.

Sumbangan dalam bentuk kewangan juga amat dialu memandangkan Alumni kita masih lagi diperingkat ‘pembinaan’ dan faktor kewangan dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancangkan adalah amat kritikal.

Apatah lagi aktiviti-aktiviti yang berbentuk ‘non-revenue generating’ atau aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan sebegini.

Oleh yang demikian, saya bagi pihak Alumni, merayu sumbangan dari setiap bekas pelajar Smach yang budiman bagi melicinkan lagi program tersebut.

Sebarang jumlah sumbangan baik kecil atau besar adalah amat bermakna bagi kami dan ianya boleh disalurkan kepada Tabung Leadership Training Camp melalui akaun 1-62021-2277-90 (Maybank)*.

Saudara-saudari yang berminat untuk turut serta menjayakan program tersebut dalam apa jua kapasiti bolehlah menghubungi nama-nama berikut:

Yusrizal (mmohdyus[at]tnb.com.my atau 019-351 7717)
Nasri (nasri[at]tm.com.my atau 013-3940209)
Sansubari (sansubari[at]tnb.com.my atau 019-959 7745)

Kerjasama dan sumbangan saudara-saudari dalam menjaya misi suci ini amat dihargai dan kami dahulukan dengan ribuan terima kasih.

Salam hormat
Sansubari Che Mud
Yang DiPertua
Persatuan Bekas Pelajar SM Sains Machang (SMACHIAN)

* Sila email transaksi sumbangan kepada sansubari[at]tnb.com.my untuk rekod.

28 Responses to “Leadership Training Camp”

  1. azrin the mat lori Says:

    bagus…bagus…aktiviti yg mulio. insyaallah kawe dermo sikit utk program nie….

  2. Sansubari Says:

    Bro. Azrin, timo kasih atas kesudian menderma ke tabung LTC kita.

  3. Mat Yus - 94 Says:

    Kawan-kawan sekelian,

    Kepada penderma budiman, tolong maklumkan kepada sansubari ataupon kepada saya setelah pembayaran di buat.. untuk memudahkan urusan accounting..

  4. nurul 9094 Says:

    Encik-encik komiti alumni sekelie,

    ade sebare hebahe atau buku program dibuat ko untuk ini ? no akaun tu meme no akaun alumni ko ganno ? buke gapo, kalu akaun alumni, aku buleh ngejah dapatkan sponser barang seribu dua…itupun kalau sudi diterima…:)

  5. kubs Says:

    For everyone’s info, the account number above is my personal account number… Kita ada account alumni, cuma oleh kerana pengurusan nak keluar masuk duit dari akaun tu agak rumit, sebab tu kita bagi account personal.. Kalau ada sumbangan yang hanya boleh dimasukkan ke akaun alumni, kita boleh bagi.. Please let us know..

  6. Sansubari Says:

    Nurul….kecik tapok tange, court futsal kami tadohkan…..timo kasih atas niat yang murni untuk bantu kami….

  7. enomat Says:

    hebat tu..kalu dpt sponsor ribu2….hhoo

  8. yong Says:

    Assalamualaikum,
    ada tentatif program doh ko ni? insyaAllah kalo xdok halangan buleh la join skali. kilang katup time tu :)

  9. Sansubari Says:

    Aturcara memang dah ada….in short
    25 Dec
    5pm: semua fasi berkumpul di Swiss Garden, Tok Bali, P. Puteh. pah tu dapat detail aturcara boleh di beri. Modul briefing akan dilakukan oleh Module Head. For sure, modul memang menarik & exclusive.
    28hb: End.
    Sapo2 yang berminat dijemput hadir. Penginapan-makan/minum disediakan tapi memandangkan budget kita terhad, so allocation juga setakat yang mampu. Adik2 kita dari oversea juga akan turut sama menyumbang tenaga. Apa2 sila call 019-9597745 (San) atau 019-3517717 (Yus).

  10. ruzaini Says:

    kakyong join skali ko?jom la kakyong..jomm..sapa lg junior2 alumni hok join?segan la jgk kalu semua senior2..hehe

  11. Sansubari Says:

    Kak Yong, dijemput join skali…

  12. yong Says:

    Insyaallah saya join, tp 25 tu baru tolok kelik, so 26 baru leh join…

  13. yusrizal Says:

    kak yong, boleh tolong email/sms saya detail? 0193517717 / mmohdyus@tnb.com.my .. tolong bui contact number dan batch.. senang untuk kita hubungi bagi tujuan koordinasi

  14. Sansubari Says:

    Salam,
    Hi….saya baru sampai ke Jin Hua, China. From KL to Hangzhou, lebih kurang 5 jam perjalanan. Dari Hangzhou ke Jin Hua dalam 300km berkereta. Meletihkan. Tapi tengok respond Yong (utk join prgram ni), setidak memberi saya sedikit tenaga (utk keluar makan :)…sejak bertolak dr KL 5 pagi tadi, blum makan, sekarang 6 ptg waktu tempatan).
    Insya’Allah akan balik M’sia pagi 21 dan akan join rakan2 dalam program itu nanti

    San
    Wang Jiang Hotel, Jin Hua.

  15. yong Says:

    Alhamdulillah..buleh jugok berbudi..hehehe..
    make jange tok make :)

  16. najmi99 Says:

    bagus ni…kalu kawe balik klate buleh la singgoh2…

  17. najmi99 Says:

    program ni buat kat Smach ko kat Swiss garden?

  18. joseph Says:

    insyallah kawe g jgk menjayakn program 2.<<lamo doh x g smach ni.ado gok jaso aku pah ni.

  19. yusrizal Says:

    propgram dibuat di swiss ebach resort tok bali.. bukan di smach.. gapo gapo boleh hubungi saya.

  20. sansubari Says:

    Hi najmi99 & joseph,
    sokongan tuan-tuan amat dialukan. Sila hubungi Yus untuk makluman lanjut.
    Terima kasih.

  21. A Razak Says:

    Tahniah diucapkan pada Sdra Sansubari, Yusrizal dan raka dan Rakan2 yang merancang Leadership training.
    InsyaAllah saya akan menyertai saudara-saudara sekalian pada 27 dec.

  22. ~gOt No NaMe~ Says:

    salam..hye bros n sis..
    act..i’m one of da participants..
    juz asking here….gambar2 yg amik msa camp tuh bile nk upload??..hehe
    da camp was totally GREAT!!
    thanx so much!!

  23. yusrizal Says:

    alhamdullilah, program berjalan lancar dan selamat.. kepada semua fasi dan penceramah, terima kasih diucapkan… saya akan menyusul dengan laporan lengkap kelak…

    untuk penderma terima aksih daun keladi…cash contribution kita gunakan untuk membeli peralatan tambahan (kertas dan sebagainya) .. kita juga ada buat sikit contribution untuk fasi kita yang masih belajar.. sekadar duit untuk minum kopi :>

  24. ruzaini Says:

    terima kasih juga kepada semua yang terlibat..saya dapat belajar banyak perkara,dan dapat kenal dengan senior2 smach yg best2 belaka.jika ada sebarang aktiviti lagi,sila la war-war kan ye..terima kasih juga kepada sumbangan duit minum kopi :)

  25. ruzaini Says:

    kalau nak upload gambar masa kem baru ni kat mana nk letak ye?

  26. admin Says:

    Boleh refer
    http://www.smach.org/forum/viewtopic.php?t=365

    atau zip dan email to admin [at] smach.org

    boleh juga guna image hosting macam flickr.com or slide.com

  27. Sansubari Says:

    sedikit gambar-gambar Leadership Training Camp di Tok Bali baru-baru ini untuk tatapan bersama:
    http://www.flickr.com/photos/31357277@N06/

  28. yong Says:

    kem tu mmg bestt!!! terima kasih pada penganjur dan koordinator yg terlibat :)

Leave a Reply