Berita kematian bekas pengetua SMACH
Jam 730 pagi hari Ahad, 5/7/09 saya telah menerima satu sms dari Saudara Hafiz Hanif 94. SMS tersebut memaklumkan bahawa bekas Pengetua/PKHEM/PK1 SMACH Tn. Hj. Che Ismail Che Taib telah kembali ke rahmatullah.
Saya mengingati beliau sebagai seorang PK yang selalu menyelesaikan masalah pelajar dan tempat gi ambil buku biasiswa sebelum keluar outing.
Yang paling saya ingat ialah “assuarence” beliau kepada ibu bapa saya selepas pendaftaran saya di SMACH - 31 Disember 1989. “InsyAllah jangan risau, anak Encik/Puan kami akan jago elok elok macam anak kami sendiri “.
Meme betul dia jaga sungguh, set set saya dulu ramai yang dari jauh - Kedah Perak, bila nak cuti, arwah dan Cikgu Zul Husin (juga arwah) selalunya akan sibuk kumpul set set jauh ni, untuk beli tiket balik.
Terima kasih Cikgu, semoga roh mu dirahmati. Al Fatihah.
–
Yusrizal smach94
Posted in: Announcement |

July 6th, 2009 at 11:47 am
Amin.
Masa kami daftar 16 Disember,11 tahun dulu, arwah antara individu yg berkomplot dalam minggu orientasi.
Saya maafkan arwah atas pembabitan beliau dalam minggu itu.
Semoga arwah dicucuri rahmat.
July 6th, 2009 at 11:57 am
11 tahun dulu = 1998, maknanya dah tersalah kire, patutnye 1990.
July 6th, 2009 at 3:37 pm
Waktu zaman kita dulu arwah jadi penolong kanan Hal ehwal pelajar ke?
Semoga roh arwah ditempatkan bersama para solihin.
July 13th, 2009 at 12:28 pm
Innalillah..
Sememangnya arwah seorang cikgu yg disayangi dan cukup popular di kalangan pelajar. Ingat lagi masa hari sukan sekolah (sekitar 1994-95 kot)..arwah yg pada masa tu telah berpindah ke sekolah lain (atau PPD/JPN) telah datang ke Smach utk perasmian sukan ..arwah mendapat tepukan yg gemuruh ..mengalahkan pengetua Smach pada masa tersebut
July 13th, 2009 at 2:37 pm
Saya pernah di tahan arwah kerana lompat pagar, thru masjid. Masa tu ada short break, kad outing mmg dah hilang lepas form 1. Arwah panggil mengadap esoknya, ingatkan nak kena tindakan. Rupa-rupanya dia bagi buku akaun BSN saya yg hilang masa gi jalan-jalan kat Machang. Hehe… memang tak leh lupa..walaupun pastu lompat pagar lagi
July 16th, 2009 at 7:38 pm
Kawe raso dia keno transfer gi sekolah pangkal meleret masa zame kita dulu. dia menagis nok tinggal smach tapi sebab tanggungjawab dio pikul jugok…..
September 14th, 2009 at 2:43 am
che pa dalam kengan…