Jam 730 pagi hari Ahad, 5/7/09 saya telah menerima satu sms dari Saudara Hafiz Hanif 94. SMS tersebut memaklumkan bahawa bekas Pengetua/PKHEM/PK1 SMACH Tn. Hj. Che Ismail Che Taib telah kembali ke rahmatullah.
Saya mengingati beliau sebagai seorang PK yang selalu menyelesaikan masalah pelajar dan tempat gi ambil buku biasiswa sebelum keluar outing.
Yang paling saya ingat ialah “assuarence” beliau kepada ibu bapa saya selepas pendaftaran saya di SMACH - 31 Disember 1989. “InsyAllah jangan risau, anak Encik/Puan kami akan jago elok elok macam anak kami sendiri “.
Meme betul dia jaga sungguh, set set saya dulu ramai yang dari jauh - Kedah Perak, bila nak cuti, arwah dan Cikgu Zul Husin (juga arwah) selalunya akan sibuk kumpul set set jauh ni, untuk beli tiket balik.
Terima kasih Cikgu, semoga roh mu dirahmati. Al Fatihah.
–
Yusrizal smach94
Posted in: Announcement | Comments(8)