Futsal Carnival 2009

futsal09

Smachian Alumni Futsal Carnival 2009

[Updated 21/6/2009]

>> Download senarai kumpulan dan jadual perlawanan <<

Tarikh: 28 Jun 2009 (Ahad)

Tempat: HTO de Futsal Sport Planet Subang Grand, Subang Jaya

(Alamat: Jalan Subang 5, Kawasan Perindustrian Subang, Subang Jaya, Selangor)

(Alamat: LOt 604, Jalan Lagoon Selatan, Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, Selangor)

Tarikh tutup pendaftaran: 14 Jun 2009
Yuran pendaftaran: RM160/kumpulan

Download borang permohanan | Download syarat penyertaan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

commfutsal09

Peta ke lokasi (klik untuk besarkan)

scrshot_1

senarai team yang confirm

1. Batch 94 (Yusrizal)
2. Batch 88 (Ezakee)
3. Batch 92 (Saiful Rizal)
4. Batch 93 (Rozaiman)
5. Batch 89a (Gje)
6. Batch 89b (Gje)
7. Batch 95a (Miji & Nuyie)
8. Batch 95b (Miji & Nuyie)
9. Batch 95c (Miji & Nuyie)
10. Batch 91 (Zaki)
11. Batch 85
12. Batch 97
13. Batch 99
14. batch 01a
15. Batch 01b
16. batch 03
17. batch 96

Berita kematian bekas pelajar smach..

Assalamulaikum.

Untuk makluman, saudara Mohd. Makhzani Abdul Ghani (smach93) telah kembali ke rahmatullah pada Sabtu 23 Mei 2009 11.05 mlm kerana brain cancer. Allahyarham meninggalkan isteri Ernie Haslina (smach93) dan 2 anak.

Marilah sama-sama kita mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah agar beliau dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah..

Selamat Hari Guru!

Sempena hari guru, saya ingin mengajak rakan-rakan lain mengenang jasa dan pengorbanan guru (tak kira guru tadika, sekolah rendah, menengah, universiti atau guru-guru tak rasmi yang lain).

Kerana jasa mereka dan dengan izin Allah kita menjadi diri kita sekarang.

Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan memohon keampunan guru-guru kita disamping berdoa untuk ibu bapa kita setiap kali lepas bersolat.

Kepada rakan-rakan yang kini telah bergelar guru, semoga dapat memberi yang terbaik dalam memikul tanggungjawab dan melaksanakan amanah yang telah diberikan.

Selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru..

p/s: Sesiapa yang nak mengucapkan hari guru kepada mana-mana guru, bolehlah berbuat demikian di ruangan comment :)