Mesyuarat Agung Alumni SMACH

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Alumni SMACH akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 6 Mac 2010 (Sabtu)

Masa: 9 pagi - 12 tengahari,

Tempat: Restoran D Tasik, Uniten, Bangi

Cadangan agenda:

1. Laporan aktiviti oleh Setiausaha/YDP

2. Laporan kewangan - bendahari

3. Pemilihan AJK 2010-2012

4. Pindaan Perlembangaan Persatuan - sekiranya ada - sila maklum terlebih dahulu

5. Sesi perkongsian maklumat - bagaimana memulakan perniagaan serta perkongsian ilmu/maklumat lain

6. Lain-lain.

- Kudapan - brunch akan disediakan.

Cadangan sumbangan

RM15 setiap ahli yang hadir. Kos lain akan ditanggung persatuan. Mohon hadir beramai ramai. Sila maklumkan kehadiran kepada Saudara Yusrizal - 0193517717 ataupon email kepada mmohdyus@tnb.com.my.

Terima kasih.

Pastikan anda mendapat kemaskini terkini di SMACH alumni facebook

SMACH Alumni melangkah ke Facebook

fb

Selari dengan perkembangan semasa, smach alumni kini telah melangkah setapak ke alam facebook. Satu FB page telah dibuat untuk ahli berkomunikasi di sana. Anda akan terus mendapat update di FB home anda jika ada sebarang maklumat terkini tentang smach alumni dan ahli-ahli. Beberapa plan lagi akan dilaksanakan untuk terus merapatkan silaturrahim sesama kita.

Klik sini untuk join sekarang

Berita kematian ayah bekas pelajar

Assalamualaikum,
Mengikut maklumat yang baru diterima, salah seorang rakan kita iaitu Wan Khairuddin @ Kodeng dari Batch SMACH 89 telah kehilangan ayahnya yang kembali menemui Allah pada hari ini Jumaat, 9-10-2009 semasa melaksanakan solat Suboh di masjid  Kampung Laut Tumpat.
Jenazah dikhabarkan akan dikebumikan pada hari ini selepas solat Asar nanti. Pada kawan-kawan yang di sekitar Kelantan tu, jika berkesempatan, elok kiranya menziarahi arwah. Wan Kodeng sekarang dalam perjalanan pulang ke Kelate.
Al- Fatihah
Wassalam…
Rusdi Mohamad Noor
Smach89

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri

raya

Kami mengucapkan selamat beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ini dan selamat menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Semoga segala ibadah kita dibulan Ramadhan diterima Allah dan dapat kita meraikan kemenangan kita pada 1 Syawal nanti.

Kepada yang akan memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Biar lambat sikit asalkan selamat.

Teruskan budaya menziarah sanak saudara dan mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Jika anda ingin menyampaikan salam Ramadhan/Aidilfitri kepada warga Smach lain, tinggalkan komen di bawah..

Alumni home-coming & kem motivasi

homecoming2

Tarikh: 31 Julai - 2 Ogos 2009
Tempat: SM Sains Machang

Alumni home-coming untuk bekas pelajar dan kem motivasi untuk pelajar 4 dan 5.

Maklumat aturcara dan jawatankuasa (PDF-90kb)

Berita kematian bekas pengetua SMACH

Jam 730 pagi hari Ahad, 5/7/09 saya telah menerima satu sms dari Saudara Hafiz Hanif 94. SMS tersebut memaklumkan bahawa bekas Pengetua/PKHEM/PK1 SMACH Tn. Hj. Che Ismail Che Taib telah kembali ke rahmatullah.

Saya mengingati beliau sebagai seorang PK yang selalu menyelesaikan masalah pelajar dan tempat gi ambil buku biasiswa sebelum keluar outing.

Yang paling saya ingat ialah “assuarence” beliau kepada ibu bapa saya selepas pendaftaran saya di SMACH - 31 Disember 1989. “InsyAllah jangan risau, anak Encik/Puan kami akan jago elok elok macam anak kami sendiri “.

Meme betul dia jaga sungguh, set set saya dulu ramai yang dari jauh - Kedah Perak, bila nak cuti, arwah dan Cikgu Zul Husin (juga arwah) selalunya akan sibuk kumpul set set jauh ni, untuk beli tiket balik.
Terima kasih Cikgu, semoga roh mu dirahmati. Al Fatihah.

Yusrizal smach94

Keputusan Futsal Alumni 2009

Futsal alumni SMACH telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan semua ahli yang menjayakan aktiviti alumni kali ini.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang seperti berikut

Juara keseluruhan - smach95A

Juara kategori terbuka - smach95A

Juara kategori senior - smach89A

Download keputusan penuh

futsalbatch95

futsaltrofi

Futsal Carnival 2009

futsal09

Smachian Alumni Futsal Carnival 2009

[Updated 21/6/2009]

>> Download senarai kumpulan dan jadual perlawanan <<

Tarikh: 28 Jun 2009 (Ahad)

Tempat: HTO de Futsal Sport Planet Subang Grand, Subang Jaya

(Alamat: Jalan Subang 5, Kawasan Perindustrian Subang, Subang Jaya, Selangor)

(Alamat: LOt 604, Jalan Lagoon Selatan, Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, Selangor)

Tarikh tutup pendaftaran: 14 Jun 2009
Yuran pendaftaran: RM160/kumpulan

Download borang permohanan | Download syarat penyertaan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

commfutsal09

Peta ke lokasi (klik untuk besarkan)

scrshot_1

senarai team yang confirm

1. Batch 94 (Yusrizal)
2. Batch 88 (Ezakee)
3. Batch 92 (Saiful Rizal)
4. Batch 93 (Rozaiman)
5. Batch 89a (Gje)
6. Batch 89b (Gje)
7. Batch 95a (Miji & Nuyie)
8. Batch 95b (Miji & Nuyie)
9. Batch 95c (Miji & Nuyie)
10. Batch 91 (Zaki)
11. Batch 85
12. Batch 97
13. Batch 99
14. batch 01a
15. Batch 01b
16. batch 03
17. batch 96

Berita kematian bekas pelajar smach..

Assalamulaikum.

Untuk makluman, saudara Mohd. Makhzani Abdul Ghani (smach93) telah kembali ke rahmatullah pada Sabtu 23 Mei 2009 11.05 mlm kerana brain cancer. Allahyarham meninggalkan isteri Ernie Haslina (smach93) dan 2 anak.

Marilah sama-sama kita mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah agar beliau dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah..

Selamat Hari Guru!

Sempena hari guru, saya ingin mengajak rakan-rakan lain mengenang jasa dan pengorbanan guru (tak kira guru tadika, sekolah rendah, menengah, universiti atau guru-guru tak rasmi yang lain).

Kerana jasa mereka dan dengan izin Allah kita menjadi diri kita sekarang.

Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan memohon keampunan guru-guru kita disamping berdoa untuk ibu bapa kita setiap kali lepas bersolat.

Kepada rakan-rakan yang kini telah bergelar guru, semoga dapat memberi yang terbaik dalam memikul tanggungjawab dan melaksanakan amanah yang telah diberikan.

Selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru..

p/s: Sesiapa yang nak mengucapkan hari guru kepada mana-mana guru, bolehlah berbuat demikian di ruangan comment :)

« Previous Entries